SM Sains Tapah, Tapah Perak - Sejarah Sekolah
April 25 2014 04:38:11 login.png register.png lostpassword.png
Panel Navigasi
bullet.gif Laman Utama
bullet.gif Soalan Lazim (FAQ)
bullet.gif Hubungi Kami
bullet.gif Artikel Popular
Reaksi forum
Reaksi terkini
Tiada reaksi dinyatakan
Reaksi panas
Tiada reaksi dinyatakan
Warga Pendidik


Artikel terkini
bullet.gif Kasih sayang mengiku...
bullet.gif kaunseling kepada pe...
bullet.gif PMR terbaik dalam te...
bullet.gif Sekolah Kluster
bullet.gif Empat langkah halang...
Undian Ahli
Saya Adalah Seorang









Sila log masuk untuk mengundi.
Wikipedia
WikiPedia

Undian Ahli
Saya Adalah Seorang









Sila log masuk untuk mengundi.
Renungan Bersama

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi
waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik
oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.
Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk
oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian
anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk
membela bila kuat

Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan
kesilapan itu ialah kemanusiaan

Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian
setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum
berakhir dan kegembiraan pula belum berputik

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir
pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
Komuniti SESTA
Pautan Guru
Pautan Pelajar
Selamat Datang
|SM Sains Tapah, Jalan Pahang, 35000 Tapah Perak|Telefon 05 4018745, Faks 05 4018743| Email : AEA0043@1bestarinet.yes.my|
Markah Terkini Rumah 2014
PRESTO : 1788        SPIRITO : 1715        CRESENDO : 1962        ALLEGRO : 1935   Data Sehingga Januari 2014        
Sejarah Sekolah
Untitled Document

SM Sains Tapah Perak
Persaingan mencapai kecemerlangan dalam dunia pendidikan menuntut lahirnya sebuah lagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Perak Darul Ridzuan. Kewujudan sebuah lagi SBP di Daerah Batang Padang ini membawa hasrat untuk meneruskan lonjakan kecemerlangan SBP di negara ini. Sekolah yang diberi nama Sekolah Menengah Sains Tapah bersempena lokasinya di pekan Tapah terletak di Jalan Pahang kira-kira 4 kilometer dari Pekan Tapah dan merupakan laluan utama ke Cameron Highland.

Projek pembinaan Sekolah Menengah Sains Tapah ini bermula pada tanggal 12 Oktober 2006 dan dijadualkan siap pada 11 November 2008. Namun atas masalah yang tidak dapat dielakkan projek ini hanya dapat disiapkan pada 29 Ogos 2009. Projek yang menelan belanja yang bernilai RM38,482,000.00 merangkumi pelbagai kemudahan bagi sekolah berasrama penuh. Sekolah Menengah Sains Tapah meliputi keluasan tanah seluas 30 ekar.

Sepanjang tempoh pembinaan projek sekolah ini, Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin telah dilantik sebagai ‘caretaker' yang berkuatkuasa Mac 2009 . Ketika beliau tiba di sekolah ini didapati masih banyak lagi kerja-kerja pembinaan yang belum terlaksana. Atas sebab itu, pihak kementerian telah mengarahkan En Zulkarnain bin Zainal Abidin kembali bertugas semula di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak Darul Ridzuan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pada 16 Jun 2009 beliau sekali lagi telah diarahkan ke sekolah ini dan ketika itu hanya kira-kira 10% lagi kerja-kerja pembinaan belum dapat disiapkan. Keadaan ini memaksa Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin berulang alik dari Ipoh ke Tapah kerana sebagai ‘caretaker' , beliau bertanggungjawab menguruskan pelbagai urusan berkaitan pembukaan sesebuah sekolah. Antara kewajipan beliau ialah menguruskan pendaftaran sekolah, penempatan guru serta staf sokongan sekolah, penerimaan bekalan perabot dan peralatan sekolah dan hal berkaitan kewangan dan akaun sekolah. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab untuk menguruskan perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah.

Majlis penyerahan projek siap sekolah ini telah diadakan pada 23 Oktober 2009 oleh pihak kontraktor kepada Puan Hajjah Norlia binti Mohd Shuhaili selaku Timbalan Pengarah yang mewakili Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya beliau menyerahkan sekolah ini kepada Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin sebagai peneraju utama Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA).

Apabila Sekolah Menengah Sains Tapah telah diserahkan maka perabot dan peralatan sekolah telah mula diterima mulai bulan Disember 2009. Manakala untuk mengawal keselamatan sekolah, sebuah syarikat kawalan keselamatan telah dilantik menjalankan tugas mulai 1 Februari 2010.

Pengetua pertama yang ditugaskan mengetuai Sekolah Menengah Sains Tapah ialah Encik Hadi bin Mat Dain bermula 1 Februari 2010. Beliau berpengalaman luas dalam dunia pendidikan SBP kerana pernah menabur bakti di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub Pahang dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang. Beliau turut dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan iaitu Encik Zulkarnain Bin Zainal Abidin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Asma Azmin Rashid Bin Mohd Nawawi sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Zulkipli Bin Abd. Latip sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Sehingga bulan Mac 2010, sekolah ini telah menerima kehadiran guru seramai 35 orang.

 

Kalendar
Kenali Pengetua

TN. HAJI SULAIMAN B SAMSUDIN
Sekapur Sireh

Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Bukan ahli?
Klik disini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Minta yang baru di sini.
Waktu Solat
Mesej Ringkas
Sila log masuk untuk menghantar mesej ringkas.

19/04/2014 23:33
Salam kenal semua Smile

19/02/2014 08:22
Selamat Datang ke Laman Web SESTA...
Kunjungan Pelawat