SM Sains Tapah, Tapah Perak - Berita
December 09 2016 13:42:04 login.png register.png lostpassword.png
Warga Pendidik


Pengumuman
GURU BERTUGAS MINGGUAN (17/10/2016 - 21/10/2016)
1. EN. NUZUL HAQIMI BIN ISMAIL
2. PN. NUR AISYAH BINTI MUSTAFFA
3. PN. NORHIDAYANI BINTI MOHAMAD YUSAK


10 - 12 /10 /2016 - PENTAKSIRAN TINGKATAN 3


10 - 20 /10 /2016 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4.


17 - 22 /10 /2016 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 DAN 2.


26/ 10/ 2016 - MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM


Info SESTA
KELAS 2016 - Senarai Nama Murid Mengikut Kelas

(TINGKATAN 1)

(TINGKATAN 2)

(TINGKATAN 3)

(TINGKATAN 4)

(TINGKATAN 5)


Panel Navigasi
bullet.gif Laman Utama
bullet.gif Soalan Lazim (FAQ)
bullet.gif Hubungi Kami
bullet.gif Artikel Popular
Reaksi forum
Reaksi terkini
Tiada reaksi dinyatakan
Reaksi panas
Tiada reaksi dinyatakan
Komuniti SESTA
Pautan Pelajar
Pautan Guru
Wikipedia
WikiPedia

Undian Ahli
Saya Adalah Seorang









Sila log masuk untuk mengundi.
Selamat Datang
|SM Sains Tapah, Jalan Pahang, 35000 Tapah Perak|Telefon 05 4018745, Faks 05 4018743| Email : AEA0043@moe.edu.my|
Markah Terkini Rumah 2016
SPIRITO : 2830        PRESTO : 2899        CRESENDO : 2978        ALLEGRO : 3011   Data Sehingga April 2016        
Semasa
MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SESTA 2016
PentadbiranMajlis Pelancaran Sekolah Berprestasi Tinggi SESTA telah diadakan pada 25 Mac 2016 (Jumaat) di dewan SESTA. SM Sains Tapah telah menerima sijil penghargaan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Tahun 2016.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai PPD Batang Padang, En. Osman B Mohamed Bahari. Kehadiran tetamu khas iaitu mantan pengetua SESTA , Encik Hadi B Mat Dain dan Tuan Haji Sulaiman B Samsudin telah memeriahkan majlis pelancaran tersebut.

Terima kasih tidak terhingga khasnya kepada semua warga SESTA dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam merealisasikan impian untuk menjadikan SESTA sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. SESTA CEMERLANG TAHUN 2016.



MESYUARAT AGUNG AGUNG PIBG SESTA KE-6
PentadbiranDimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Sains Tapah ke-6 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 11 Mac 2016
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Sains Tapah
Masa : 9.00 pagi
Pendaftaran : 8.00 pagi


Sehubungan itu, tuan/puan sebagai ahli PIBG sekolah ini dijemput hadir.
Sila maklumkan kehadiran dan usul sebelum atau pada 29 Februari 2016 (Isnin) melalui whatapps kelas / fax.
Kejrasama dan kehadiran pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan salinan surat notis mesyuarat dan usul.
NOTIS MESYUARAT DAN USUL/KEHADIRAN
PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN PELEKAT KENDERAAN
Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga.
Setiap kenderaan yang ingin memasuki kawasan sekolah perlu mempunyai pelekat kenderaan yang diletakkan di bahagian kiri kenderaan masing-masing.

Kegagalan melekatkan pelekat kenderaan tersebut akan menyebabkan kenderaan pihak tuan tidak dapat memasuki kawasan sekolah dan hanya dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan padang hoki sahaja.

Kerjasama anda amat dihargai dan diucapkan terima kasih.





IKRAR MURID SESTA
Hal Ehwal MuridPada 8 Januari 2016 (Jumaat) telah diadakan Majlis Ikrar Murid SESTA bagi tahun 2016. Semua murid Tingkatan 1 hingga 5 membaca ikrar murid dipimpin oleh saudara Nor Darimi B Haris.

Semua murid kemudiaannya menandatangani surat akujanji ikrar tersebut.

Gambar-gambar sekitar Majlis Ikrar Murid

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 2, 3, 4 DAN 5 TAHUN 2016
Hal Ehwal MuridPendaftaran murid Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 tahun 2016 telah diadakan pada 3 Januari 2016 (Ahad) bertempat di Dewan SESTA bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Tahniah kepada semua guru yang komited dan sanggup meluangkan masa menjaga kaunter pendaftaran dari pagi hingga ke petang.

Selamat kembali ke SESTA diucapkan kepada semua murid Tingkatan 2, 3, 4 dan 5. Semoga lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan di capai dalam tahun 2016. InsyaAllah...

Sekitar pendaftaran murid Tingkatan 2, 3, 4 dan 5.



PROGRAM KONFERENSI BERSAMA WARIS.
KurikulumProgram Konferensi Bersama waris bagi Tingkatan 1, 2 dan 4 akan diadakan seperti berikut :

TARIKH : 20 NOVEMBER 2015 (JUMAAT)

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : KELAS / PUSAT SUMBER SESTA


Semua ibu bapa digalakkan hadir. Ibu bapa dibenarkan membawa pulang pelajar setelah mendapatkan keputusan peperiksaan anak masing-masing.
HARI KEBUDAYAAN BAHASA JEPUN SBP KE 10 TAHUN 2015
Kurikulum
PROGRAM SMART SOLAT
Hal Ehwal MuridPada 8 Mac 2015 (Ahad) telah diadakan Program Smart Solat di Dewan SESTA bermula dari pukul 7.45 pagi hingga 3.30 petang. Program yang melibatkan semua pelajar SESTA ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sulaiman B Samsudin, pengetua SESTA. Pengisian program ini melibatkan Slot 1 ( Indahnya Solat), Slot 2 (Kesempurnaan Solat Rasulullah) dan Slot 3 (Muhasabah Solat). Semoga program ini dapat memberi manfaat berguna kepada semua yang terlibat. Terima kasih atas kerjasama yang diberi.

Sekitar gambar-gambar Program Smart Solat.

PROGRAM AKADEMIK MATEMATIK TAMBAHAN BERSAMA UiTM TAPAH
KurikulumPada 7 Mac 2015 telah diadakan Program Akademik Matematik Tambahan Bersama Pelajar UiTM Tapah di dewan SESTA.

Sekitar program Matematik Tambahan Bersama UiTM Tapah.

PELANCARAN PISA 2015
KurikulumPelancaran PISA tahun 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada pagi Isnin 2 Mac 2015 di Dataran Ilmu SESTA. Seramai 42 orang pelajar Tingkatan 4 terpilih untuk mengambil peperiksaan PISA pada bulan Mei nanti. Pelajar-pelajar diberikan sijil penyertaan dan membaca ikrar PISA. Pelancaran PISA 2015 disempurnakan oleh Tuan Haji Sulaiman bin Samsudin, pengetua SESTA.

KEM BINA KARISMA KETIGA TAHUN 2015
Hal Ehwal MuridKem Bina Karisma Ketiga tahun 2015 telah diadakan pada 27 Feb 2015 hingga 1 Mac 2015 di SESTA melibatkan semua pelajar Tingkatan 4. Kem ini bertujuan untuk memupuk dan mengukuhkan tahap disiplin di kalangan pelajar, memperkembang kemahiran dan bakat kepimpinan, mencungkil bakat kepimpinan dan pengurusan serta merapatkan silaturrahim antara pelajar lama dan baharu. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti aktiviti BADAR (Kerohanian), aktiviti pengawas (Kepimpinan), aktiviti PRS (Pengurusan dan Kepimpinan), aktiviti Sistem Rumah (Penyediaan Menu Petang -memasak) dan Kawad Kaki. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.

Gambar-gambar sekitar Kem Bina Karisma.


Kalendar
Kenali Pengetua

TN. HAJI MOHD REZAZALI BIN AHMAD ANSAR PJK
Sekapur Sireh

Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Bukan ahli?
Klik disini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Minta yang baru di sini.
Waktu Solat
Mesej Ringkas
Sila log masuk untuk menghantar mesej ringkas.

12/05/2016 21:23
Maaf, apa kami bisa meminta list seperti brosur pendaftaran? Wink dimana kami bisa mendapatkannya?

07/10/2014 10:45
Terima kasih atas cadangan penambahbaikan laman web SESTA. InsyaAllah segala kelemahan akan diperbaiki.....

07/10/2014 08:44
berita tahun 2013 boleh lah dikeluarkan drp web .dahbulan oct 2014.

07/10/2014 08:41
kalau boleh laman web ini di update oleh pelajar daripada kelab IT.

19/02/2014 08:22
Selamat Datang ke Laman Web SESTA...
Kunjungan Pelawat